“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada
kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang
gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang
tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif,
Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku,
begitu penjelasannya.
Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka
yang nyalaannya tak pernah padam! itu jawapan
pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan
cinta.
Jadi dia masih takut pada Allah? , kata hati kecil gadis itu
. Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia
pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya
pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang
berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan
akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi
membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu
dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si
pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam
tidurnya, cantik, sangat cantik. Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah
permergianku, tanya sang gadis.
Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana? jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa
akhir. Jawab sang gadis.
Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat
padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?
tanya pemuda lagi.
Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan
kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan
menyusulku..jawab si gadis.
Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui
ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama
cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah,
bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan
yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat
yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih
mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat
kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat
manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada
posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi
mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan
cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak
akan resah kalau – kalau cintanya
ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan
membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak
keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut
pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas
segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu
bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya.
Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan
murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam
hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan
membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi
mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki
dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin .
No comments:
Post a Comment