lalalalala ~

Hai , i'm wanie . engkau ? *pikir sendiri* cerita ini cerita benar bukan kisah dongen zaman P.Ramlee yang aku boleh suka suka jea update .i write what i feel in life . tak suka baca kau boleh angkat kaki pergi dari sini . Haha *ketawa kejam*

Saturday 25 January 2014

TerrrOver

Assalamualaikum ,


Ehh ! Breathing ~ Alhamdulillah , Allah beri kesempatan kepada aku untuk merasai nikmatNya . Hee * tujuk gigi chomel * Macam kebiasaan hari hari aku lha orang yang paling paling awal bangun dalam family * ayam pon tak bangun lagi * Bila dah bangun awal tuu semua kerja dah beres .  rumah yang macam tong sampah pon jadi macam dalam istana aku buatkan Huh ! * perasan perasan * bila dah awal bangun tuu semua orang aku kejutkan dengan kasi bunyi pom pang pom pang tepi telinga diorang sampai rumah bergegar *terbaikk* bila aku rasa tak tahu nak buat apa and then bila duduk sorang sorang tu ada jea aku nak arsenic macam macam . daripada aku arsenic lebih baik aku ambik lappy then terus online . boleh aku update apa yang aku suka nak taip . hobi aku k . Haha *menyampah dengan aku ? kau boleh get out *


Kau tahu minggu nie minggu apa ? tak tahu ? pergi dekat kalender selak sana selak sini kertas tuu kau tengok dalam minggu nie ada selebrate apa . yeay yeay ! raya raya . * over jea * raya cina jea . memandangkan raya cina dah dekat rumah aku dah macam gedung limau di buatnya . kalau seorang bagi buah limau tuu tiga empat kotak mau tak rumah aku macam gedung limau . agak agak lha kan kalau aku pergi jual dekat dekat pasar mesti laku punya . untung ~ Haha * kejam giler * hari hari aku aku tengok buah limau tu dah macam dragon ball * ambil pen marke lukis bintang * bila dah banyak sangat sangat limau tuu hari hari aku tak payah beli buah makan limau jea sampaikan muka pon dah sama dengan limau . Lalalala ~


Actually ,paling aku suka gila gila kuih sepit banyak bertaburan di teepi jalan * uish! fabrout tuu * kalau ikod kan hati semua aku nak ambik ambik jea . tapi , orang jual punya pasal pasal kena lha beli . bila dah beli tuu cari lha yang keluaran melayu , maklum lha orang cina pon ada buat jugak . apa apa hal pon , buatan melayu is the best . bila dah berjaya aku dapatkan hari hari aku makan kuih tuu , kau tahu apa rasa dia . sedap sangat sangat kruk krup kruk krup *makan kuih sepit* Hah ! dah macam promoter aku nie . korang nanak pergi lha cari tepi jalan tepi jalan ok . Btw , dekat kedai kedai pon ada jugak . *tipu tipu jea*


                                   H a p p y   N e w   Y e a r   C h i n e s s 






kau nak ? search google banyak . Haha * kejam kan *

 

Friday 24 January 2014

Oh ! JPJ

Assalamualaikum ,


* open eye bulat bulat * Macam biasa rutin harian aku di pagi pagi hari jumaat nie bangun jea awal . kemas rumah bagai and bersihkan diri pergi pasar . Btw , selalunya aku pergi sorang sorang tadak peneman tapi kali nie di temani mummy . kitorang pergi rempit lerh . Brum brum bruumm . Hah ! apa lagi bila dah sampai jea pasar aku dengan mummy shopping lerh . kau ingat shopping apa ? t-shirt , dress , skirt , shawl . No lha ! perkara yang wajib shopping barang dapur lerh . Haha .. ikan , sayur , ayam , telur . * pelek kan aku * pernah tengok girl seusia aku pergi pasar cari ikan , sayur ? Haha , mesti korang pernah nampak mak mak jea kat pasar tu yang beli barang kan .


Anyway , sebenar benarnya aku nak story pasal kemarin . kau tahu apa terjadi kemarin ? Hah ! tak kan . so stay situ diam diam jangan nakal nakal taw. kau nakal aku cubit kang . Hee ~ cerita pasal kemarin aku ada test JPJ . kau tahu apa itu JPJ ? aku tanak bebel panjang panjang kalau kau nak tahu lebih lanjut search google nanti kau tahu apa itu JPJ ok . Haa .. kemarin seharian aku di IM . Ehh ! kau tahu apa itu IM ? Institut Memandu ok bukan Inbox Messanger naeh . Bla bla bla .. kemarin tiba turn aku untuk test JPJ .


Selalunya aku pergi ke IM tu di temani daddy tapi , sejak sejak nak test JPJ nie daddy  biarkan aku pergi sorang sorang pulak . Huuu ~ * takod takod * maklum lha budak baru nak belajar macam nie lha jadinya . bangun awal awal siap kemaskan diri bagai go to IM . * dalam hati nervous * nasihat dari orang orang sekeliling membuatkan aku bertambah yakin yang aku boleh buat . * perrhh ! ayat * dengan keyakinan gila gila nie . aku rempit sorang sorang ke IM . Hee ~ bila sampai dekat jalan raya jea dengan keyakinanya nak pergi buat test tuu . kereta berlambak gila gila atas jalan raya boleh steady jea aku masuk celah celah kereta yang menyempit tuu . tiba tiba , pormmmmm * bunyi sesuatu * Ehh ! boleh aku pergi langgar tembok tepi jalan . Haha .. nasib baik tak jatuh dari moto kalau tidak maluu cekk . Hihi



Btw , sampai jea di IM tuu . Aduyai , perkara yang paling semak untuk aku pikirkan iaitu bagaimana nak cari parking . dengan parking full semua orang dah booking awal awal . aku ingatkan aku orang yang paling awal sampai . tapi , ada lagi yang awal dari aku . pusing sana pusing sini dah jadi 360 darjah dah . lastly , baru jumpa . kalau tak jumpa parking kosong dah lama aku cabut balik . Haha * cakap kemas * dah jumpa parking tu terus jea masuk dalam IM ke tempat daftar . jalan jalan tengok ramainya orang * bluuurrr * Haa.. tunggu jea dekat situ dari pukol 8 sampai pukol 11 baru lha turn aku buat test JPJ motosikal . punya lambat gila gila , kalau ikod kan hati dah nak lari balik jer . nasib baik lha aku seorang yang sabar * ceewwaahh,perasan *


Haa ... habih jea aku buat test moto . pergi ambik result tengok tengok yeay yeay ! lulus . Alhamdulillah ~ berkat doa . Next test , aku pergi jalan jalan ke tempat buat test kereta pulak . kau tahu jarak jalan dari tempat test moto dengan kereta tuu jauh gila gila . kalau kau jalan dari sini sampai KL pon tak sampai sampai lagi . Perhh ! excersise gila aku hari tuu boleh kering macam ranting . sehari suntuk tak makan dengan nervous gila gila nak buat test tuu . aku pergi daftar untuk test kereta pulak . pergi tengok dekat senarai nama tu . mata aku search punya search dekat paper tu jumpa lha nama aku number 36 . perhh ! dalam hati macam cepat jea aku nak habih buat test tu .


Bila dah daftar tengok tengok turn aku group ke dua orang yang ke empat last . dalam hati aku rasa dup dap dup dap macam nak pengsan jea dengan tak makan lagi . perut aku dah main lagu The Azender" Dance Love " dari pagi sampai petang . Arhh * stress * apa apa hal balik rumah nenek dulu kasi rehatkan diri . Yeaahh ! nenek suruh makan tapi aku tak lalu nak makan sebab nervous punya pasal minum air jea banyak . Haha .. waktu dah masuk solat zohor dulu lepas tu go to IM balik . Ikodkan hati aku tanak pergi dah dengan cuaca panas terik berangi tapi disebabkan tinggai satu lagi test aku pergi jugaak lha . Lalalala ~


Anyway , sampai sana kena jalan sekali lagi pergi ke nuuunn jauh disana . Alahaii , dengan muka renyut macam cucur kodok dalam kuali . aku berjalan jalan hingga ke nunn jauh disana . Stay situ dalam sejam baru turn aku tiba . Ok ! turn aku kena buat elok elok . masuk dalam kereta bagi salam

      Aku : " Assalamualaikum tuan "    
     Tuan  : Ok ! tulis nama sign and ic at here . 
     Aku  : -_-
    Tuan   : kita pergi jaalan satu    


Ok ! bawak tuan tu jalan jalan pusing satu jalan ja . satu jaa ok , aku tak larat nak pusing banyak banyak jalan . so , aku bawak satu jalan tu pon dah cukup lama ambik masa dia . tu tera satu jalan tuan tu dah merungut macam macam * macam budak budak * dia kata nak bagi aku lulus . boleh suruh aku bawak laju laju . apa tebiat tuan nie ke nak bagi aku mati katak atas jalan tuu . Haha .. ok ! sampai jea dekat IM tuu tuan bagi borang aku cakap " terima kasih tuan " . sampai di kaunter senyum lebar selebarnya aku tengok kertas tuu . diorang minta 5 hinggit untuk sticker P . Ok , 5 hinggit jea pon * belagak * . Haha , Alhamdulillah ~ lulus kedua  dua test . yeay yeay ! Hee ~



# sabar itu separuh daripada iman . apa apa pon perkara yang kita buat kena sabar banyak banyak .


Tuesday 21 January 2014

Lesen Oh Lesen

Assalamualaikum ,

kebelakangan nie aku rasa macam serabut je hidup nie . dah kenapa dengan aku nie . otak pon dah rasa macam tak betol dah . Ngok ngek jer , rasa mau koyak jea kepala and then keluarkan otak rebus dengan air zam zam . Ok kod ? Haha * kerja gila * itu lha kan holiday je memanjang . dah lama rasanya aku stay at home lebih kurang 3 bulan dah . lama kan kan . Hee ~ memang bosan lha duduk rumah kerja makan tidur makan tidur . lama lama aku jadi bambam macam teddy bear . Werrkk ! tanak lha bambam . Huu ~ Btw , chomel jugak . Haha

Anyway , cerita pasal lesen nie . aku dah naik fade up dah dengan lesen lesen bagai nie . rasanya dah masuk 3 bulan aku buat lesen tak habih habih lagi dengan test test yang bagai tuu . orang lain buat dah dapat P . tapi , aku ? Errkk ! * geram * bila lha mau dapat " P " ? ikod kan hati mau jea aku pergi pejabat JPJ tu and then aku nak kata " cik , buatkan lesen P untuk saya siap siap . nanti lepas saya test JPJ saya datang ambik " Perrhh ! * macam berani je kan * Haha  * poyo * disebabkan lesen P tadak lagi tak boleh lha aku nak drive bawa laju laju pergi hilangkan kebosanan aku nie dengan mummy . Haha ,


 Lesen Oooo Lesen ! Haha * macam tak tahawan dah * tu lha kerja dah dapat hari tu tak pergi . kan dah melepas rezeki tu . mybe , kerja tu bukan rezeki untuk aku . Wuuu ~ * ayat sedih * disebabkan aku anak mithali , Ok ! dengar cakap parent itu adalah yang terbaik . jangan kerja jangan kerja . See apa yang mummy kata dekat aku :


 Me : Mummy ! love u . Muuuuaachh .. i want to work . Hee * mengada ngada *
 Mummy  : nak kerja ? pergi lha dapur cuci pinggan .
 Me  : Alorh ! mummy nie . orang nak kerja kat luar lha . bukan dalam rumah . Hm * merajuk *
 Mummy  :  Lha ! ingatkan nak buat kerja dalam rumah . kerja kat mana ?
 Me : jitra je . Hee * boleh boleh *
 Mummy  : jauh tuu  . Hm , kalau nak pergi camna ?
 Me  : auntie kan ada . lalala * nak kerja sangat nie *
 Mummy  : tak boleh tak boleh . daddy tak bagi .
 Me  : Alorh ! mummy . nak kerja nak kerja . Hm * sedih *  -_-
 Mummy  : habihkan lesen dulu lepas tu baru cari kerja dekat dekat nie je .
 Me  : Hm , Ok ! * sedih *



Hah ! itu lha anak yang mithali nie kena dengar cakap parent apa yang baik ke tak baik ke parent yang tentukan . sayang sangat lha dapat parent yang ambik berat nie . Hee * korang jeles lha tu * Hihi .. dah melalut dah cerita nie . Hah ! ok . kita sambung pasal tadi .. Ehh ! * garu kepala ,lupa * apa ae tadi ? hah ! lesen . pagi tadi awal awal lagi aku dah bangun , ayam dekat reban pon tak bunyi lagi " ko ko kok  kok " . hari nie aku bangun awal dari ayam . yeay yeay ! Haha * seronok gila gila * apa yang aku mimpi sampai bangun awal dari ayam nie . Hee ~ bangun terus cuci muka and bersugi bagai then mesti lha tunaikan kewajipan yang wajib kan  ( solat subuh ) . Hah ! hampa hampa buat dak ? tataw lha kalau tak buat boleh telan dengan api besar owww . * azab azab *


Btw , lepas solat siap siap bagai for go to kelas memandu . Hee * ketar ketar * haari nie last test aku buat . so , besok ? aku JPJ . yeay yeay ! harap harap aku lulus JPJ besok . InshaAllah ~ Ok ! dah siap bagai . keluar dari bilik , tunggu daddy kat ruang tamu . daddy kata pergi sendiri . Ayoyo ! selalunya daddy pergi hantar . tapi , hari nie di sebabkan daddy busy sangat sangat aku kena pergi sendiri . Wuuu ~ best bawak moto sorang sorang . Errkk ! * peqak je * Hah ! yealha . selalu pergi mana mana daddy je selalu hantarkan . tapi , kali nie daddy biarkan aku pergi sorang sorang . Hehe ..


Alhamdulillah , selamat sampai pergi and balik . Hee * tunjuk gigi * Btw , ketar sangat sangat untuk besok . tadi online " Facebook " je . tiba tiba chat masuk lajuu je  " Ibtisam " Awww ~ dia wish for me " Good Luck for tomorrow , dia pesan sebelum mula baca doa naik kenderaan dulu taw , jangan lupa bagi salam , rilex je bila drive ( maacam kenaii ayat ) " Hee * terharu *  dear friend , thank you for the wish . InshaAllah , besok akan buat yang terbaik . Hehe




 
 
 
# Terima nasihat orang dengan hati yang terbuka . InshAllah kata kata mereka sebagai pendorong semangat kita untuk terus maju ke hadapan .

Monday 20 January 2014

Pink

                                                              Assalamualaikum


" Breath in breath out " Alhamdulillah .. still breathing . Breathe fresh air in the morning . Ouch ! * teruja * Btw , pagi pagi lepas jea solat subuh + istighfar . Apa yang akan korang buat ? Yes ! i know . Haha , mesti korang tidur balik punya kan kan . Tuu lha penyegan . Hah ! kan rezeki dah tak masuk tuu . Pergi buat kerja dapat rezeki .  Itupun kalau hari hari cuti korang mesti tidur tak ingat apa dah kan .


Anyway , aku still holiday . So , cuti cuti stay at home bosan jugak sementara nak tunggu dapat lesen yang lambat tuu . Dengan menanti result yang semakin hari semakin rasa kebahangatan dia . * tuu ayat mau ark * Kerja aku hanya lha menjadi juru type di blog chomel nie . Wakakaka * ketawa zaman sekarang * korang tak boleh buat jangan tiruuu Ok . Haha * ketawa kejam * Masa aku dihabiskan dengan menaip seberapa banyak yang aku suka taip . kerja aku hanya lha menaip menaip and menaip . Haha , kadang kadang tu sampai rajin sangat taip aku pon tak tahu apa yang aku . Errkk  ! * Bengong *


Continue , abang abang kakak kakak adik adik mak cik pak cik nenek atok and dll . Ok ! stay at here . Haha , terjah ikod suka je . princess nak story nie . Hihi , cerita ini bukan cerita dongen yang di ambil dari kisah rapunzel yang di kurung di menara tinggi tuu . Haha , ini cerita , cerita benar mengisahkan tentang princess cantik . who that ? Haha * syok * aku ok . aku ! apa ? " perasan ? " biar lha nak perasan . Btw , Allah bagi cukup perfect dekat aku . Alhamdulillah ~ bersyukur . Hehe , korang pun canti chomel jugak . * malu malu pulak *


Pink ! siapa suka pink ? angkat kaki . Boooo ... tak boleh . memang kau tak reti pon tu yang tak boleh kan . Haha * kejam * Anyway , cerita tentang pink nie . aku memang tak suka gila gila gila lha dengan warna pink nie . aku tengok orang pakai baju pink guna bag pink seluar pink nasib muka tadak warna pink . Haha , ituu dulu , sekarang lain . Haha .  menyanyi dulu nie " Aku yang dulu tak suka pink pink , tapi sekarang aku suka pink gila gila " Ehh ! * tak sedap pon * Haha , masa zaman sekolah menengah ada kawan aku sorang nie barang dia semua warna pink . boleh dikatakan 100 % pink . buka jea local dia semua pink . Wahh ! camtu sekali . Hehe


Anyway , dulu dulu masa zaman sekolah rendah barang aku mana ada warna pink pink nie . semua biru hitam putih and dll kecuali pink . Tapi ,kau tengok sekarang blog aku pon warna pink . apakah benda yang pengaruh hidup aku nie . ada orang sihir dengan warna pink ke ? Ohh ! no . tidak tidak tidak . Haha .. bila aku masuk jer ke alam yang di namakan sihir internet aku mula cuba buat blog . Start dari situ aku tahu nak letak background warna apa . so , bermula lha dari situ set warna hitam putih biru kelabu hijau semua tak sesuai and then bila aku try set jer pink colour . * dalam hati * Ehh ! cantik jugak warna pink ni .  sesuai sangat sangat . Beautiful ! nampak nice jer . Hihi * malu malu * Bermula lha sedikit demi sedikit . Akhirnya , cewah ! * macam masuk acara * sampaikan barang barang yang aku guna pon warna pink . cover handphone baju bantai tilam and dll . Bilik ? shuuuutt . Haha .  Aiek ! sampai macam tu sekali . Hihi .. Btw , 70 % jer K . Tuu lha dulu kata tak suka sangat sekarang dah berbalik pada diri sendiri .


Oneday , aku temankan mummy shopping . Ehh ! bila temankan mesti kena ada ganjaranya . Hehe * kejam kan * jangan tiru . sampaikan satu tahap tu bila aku shopping barang jer terasa macam nak beli handbag . tapi masa dekat rumah * dalam hati * memang nak beli pon . Haha * macam ngok ngek je * jalan jalan dengan mummy tiba tiba jea kaki aku tak dapat jalan terbehenti di satu kedai ni . yang mummy nie pulak jalan tak nengok anaknya yang telepas di nun belakang sana . Huu ~ biarkan mummy jejalan dulu . wink wink * berkilau mata di buatnya * Wahh ! * teruja * banyaknya handbag yang cantik cantik . lama jugak aku nengok bag di situ . Haha .. tuan kedai tu mesti bengang punya dengan aku nengok jea lama . belek sana belek sini tarik sana tarik sini . ok ! keluar cari mummy . jalan jalan pusing sana pusing sini . yeay yeay ! jumpa mummy . tarik dia bawa masuk kedai tu * kejam kan * Haha ~ jangan tiruu .


 Me : Mummy ! i want it . Huu ~ * bodek sikit * mummy pilihkan .
 Mummy : tanak lha . pilih lha sendiri . kalau mummy pilih nanti semua tak berkenan .
 Me  : Alorh mummy nie . pilih jea pon . Hm , * merajok *
 Mummy   :  Hah ! ambik yang nie warna coklat pulak .
 Me   :  Alorh ! yang itu ada dah . Hm , tapa lha mummy biar along pilih sendiri . Hah ! yang nie .
 Mummy  : deret warna pink . Hm , * menyampah *
 Me    : Hee ~ * tunjuk gigi * bukan ada lagi . boleh kan kan . * bodek *
 Mummy  : Ye ! -_-




akhirnya ! dapat satu bag warna pink . Lalalala * sukaa *




# Jangan membenci sesuatu perkara itu mahupon benda atau orang . Ini kerana sesuatu yang kita tak suka dahulu akan menjadi kesukaan kita pada masa sekarang . - Take Note -


Saturday 18 January 2014

I don't know


  * Open the window * " Breath in breath out " Alhamdulillah ~ Allah bagi kesempatan untuk teruskan hari hari aku di atas muka bumi nie . SubahanAllah ~ cantiknya pemandangan di luar . Hee .. Ciptaan Allah semuanya cantik cantik kan . Hehe ( Syukuurrr ) Ehh ! entry kali nie yang ke 100 . Yeehh ! * baru 100 buat shok * Haha biar lha kan kan . shok sendiri . kau apa taw . Bluueeekkk :p

* Open Your Eye * think the use of mind . what you want do it today ? Haha , perancangan hari hari kita mesti kena ada kan kan . kalau tak , tak sempurna hari hari tanpa ada aktiviti " Not best lha " Haha . So , selalu hari hari cuti korang buat apa ? Hah ! sebagai student tuu , homework ? mesti belambak gila gila  kan . Ehh ! tipuu lha kalau tadak homework . tipu ! tipu ! tipuuuu ! .  Btw , hari cuti di waktu pagi mesti hampa hampa sedapp jer tidur di atas bantai yang empuk lagi kenyal . Haha , * macam penal makan jer * sampaikan air liur keluar pon dah tak sedar .  Weekkk * jilan lidah panjang panjang * 


Anyway , pagi pagi camni lha kan kan . i don't know what i want do . Haha * gelak kejam * cakap awal awal tadi dah macam ada aktiviti menarik nak share kan . * sekeh kang *  Huuu ~ jangan percaya orang camni . tipuuu tipuu tipuuu jer keja . Hah ! pagi pagi lagi nama aku terdengar di cuping telinga nie . " Alongg ! Alonggg ! Alonggggggg ! " . * in heart * Ehh ! aku mimpi kah ? siapakah yang memanggil nama aku ? En.Mimpi kaaa ?  * perhh ! ayatt . Wuuu ~ macam zaman dulu 90-an * suara itu semakin dekat . " Aloooonngggg !! pegi pasar . " * Open eye ! See there * Ehh ! budak kenek nie rupanya . ingatkan siapa tadi . kalau tak dah kena kau aku kerjakan . Haha * garang tak ? *  Wuuu ~ 


'' Hari hari di pagi hari pergi pasar ~ Lalala . hari hari pergi pasar ! * nyanyi sikit baru tak bosan *  Muka aku nie dah famous satu pasar . Haha , satu pasar jer K . sampikan mak cik , pak cik dekat pasar tuu hari hari tengok muka yang sama * naik muak jer * . Hari nie mummy suruh cari ikan . Pusing pusing pusing ! semua ikan mahaii mahaiii . Hm , zaman sekarang mana ada barang yang murah . air kosong pon 50 sen . Mahaii kan kan ? Btw , pusing punya pusing dalam pasar tuuu . smpai lha jadi bengong aku di buatnya . Lastly , beli dua jenis ikan . Dua jenis Ok , bukan dua ekor . kalau dua ekor sorang makan pon tak cukup . Haha , ikan keli dengan ikan temenung a.k.a ikan kembung . Lalala ~  


And then , cari breakfast pulak . Ehh ! dah macam kena keluarkan nafkah pulak aku nie . semua benda kena buat . pegi sana pegi sini pegi situuu . I'm girl Ok . Haha , sebagai anak sulung semua kerja kena buat .          * Baikk kan * Hee ~ breakfast breakfast untuk adik adik yang malas gila gila tuu . Gajah pon rajin dari diorang . Btw , nak beli roti canai tadi . pegi lha kasi tawu itu sama orang 


Me : roti canai 8 keping .
Him : 8 yer adik ?
Me : yea .
Him : 8 yer adik ?
Me : * dalam hati * tak dengar ke apa orang nie . Errkk ! 

30 minit yang lalu . 

Him : 8 yer adik ?
Me : * dalam hati * Errkk ! buat aku panas orang nie 


Kalau kesabaran aku tadak dah lama aku angkat kaki dari tempat tuu and then Get Out ! Huuu ~ * Ganas Tak ? Haha * nasib masih boleh bersabar walaupun still berdiri at situu macam orang blurr jer . orang yang makan at situ pon tengok aku macam weird jer . Haha ~ dapat jugak roti . Lalala 


Anyway , bila aku online jer . mesti ada orang tanya buat apa ? and me say ....


Me " baruu balik dari pasar "
 them : " pasar ? selalunya mak cik mak cik jer pergi pasar. Hehe "
Me : Ehh ! kau nak kata aku mak cik ? kau pikir girl tak boleh ke pegi pasar shopping shopping barang dapur ke hah  . * Errkk ! nyampah bila dengar *
Them : Ehh ! tanya jer . selalunya jarang lha ada girl pegi pasar beli barang . selalunya girl shopping at Mall jer .
Me  : Hah ! kan dah kena . kau serbuu ikod sedap kau jer . kau ingat semua girl sama ke . I'm not like other people K . 
Them : Hmmm  -_-


Btw , aku happy hidup macam nie . kau tak suka boleh angkat kaki get out . Do not bother me K . Haha      * geram nie geram ! * Huhu ~ 



#Positive minded people, do not neutral is not good. It's not a good thing . 


twins ?


Fuuhh ! rasa macam sesak jea nak post entry sejak sejak nie . ?Opocot ! * melatah serupa nenek pulak * Ehh , apa nie ? Aloorh ! bersepahnya blog nie . ini lha akibatnya lama dah tak buka . Alololo ~ shianya chomel saya nie . meh lap sikit sana sani . Fuuhhhh * tiup laju laju * Haha . . chomel pon blog kiut nie baru nampak macam tuan dia kan kan ? " Ehh ! tak ? " Hee ~ jeles lha tuu kan . Hehe , Alhamdulillah ~ bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat kita kan kan . Bermula lha story kita dengan ......


"  Along ! "
 Ehh ! sapa panggil tuu ? "
Adik : buat kan air milo jap . Hehe * selumber jer *
Me : Ehh ! budak nie . dah besar tak reti reti buat sendiri ke ? nanak tangan kod * menyusahkan jer *


Ehh ! potong line betol lha budak nie . * gerammmmm * dengan steadynya aku pegi lha mancuh air milo dekat dia .Bila tengah mancuh air tuuu , boleh pulak dia dok kacau . Ehh ! budak nie . aku suruh buat sendiri tanak pulak . nie bila orang dah buat dia dok kacau . Dalam hati * Errkk ! geramnya aku . rasa mau campak dekat luar tingkap jer * ( Stresss ) . Hah ! dah habih . nah ambik pegi main jauh jauh jangan ganggu along lagi . -_-


" Breath in breath out " Alhamdulillah ... boleh start cerita dongen sejarah lama . Huuuu ~ Btw , hari tuu aku kan kan . Hehe , * macam ngok ngek jer * . Anyway , buat masa sekarang nie aku busy gila gila lha dengan kelas terbaruu . Hah ! tuu dea lha study dah habih ngada ngada nak stright study tak tunggu result keluar dulu . Boleh gila ceni . Do you know what i study ? Haha , tak kan ? so jangan prasangka yang tak elok taw . Bak kata orang kedah " Taaakkk Baaaaeeeekkkk tawwuu " Hee , busy study memanduu lha . maklum lha budak baru nak belajar naik moto / kereta . Hehe , apa apa pon kena study dulu baru kita taw kan . 


Hey ! who have twins ? kalau tanya sapa twins Aronz Aziz ? saya saya saya . semua orang nak mengaku kan kan . Tippuuuu lah kalau tak mengaku . Try post at facebook " Siapa rasa muka dia sama macam Austin Mahone ? " Haha , siapa yang kenal dia jer akan mengaku kan kan . Dia chomelll woooo .. Btw , di atas muka bumi nie ada 7 orang serupa dengan kita . Hah ! dah pernah jumpa ke ? Ehh ! untung lha siapa yang dah jumpa tuu kan . 

Anyway , bermula lha kisah benar yang terjadi di atas muka bumi di negeri  kedah . Ceceyh ! * skema * Haha  , oneday bila aku on wechat scroll scroll sana sini situu sinuuu and dll . ada lha someone nie tegur . Ok , aku gelar dia * En.Misteri * bukan En. Mimpi K . Huuu ~


En. Misteri : Ehh ! Macam yasmin lha . Twins ke ?
Me : Yasmin ? Siapa tuuu ?
En. Misteri  : Yasmin J Hunwick yang meninggal dalam kemalangan di Langkawi . Try search google .
Me  :  Sama ke ?  * Ok , try search di gooogle *


Scroll scroll . Jumpa pic , buka . Ehh ! sama ke ? Hm , Allah dah rancang segala galanya . scroll scroll ,Yes ! terjumpa blog Yasmin Hunwick . Astaghfirullah halazimm , begitu menyayat hati bila baca kisah dia . Walaupon tak kenal , rasa simpati rasa macam kenal dah lama . Sampai lha kisah dia di bukukan . petunjuk yang Allah bagi sebelum dia meninggal sungguh hebat . SubahanAllah ...



Al Fatihah buat Yasmin J Hunwick .


Sama ker ? Orang lha kata . Hee  ^_^


#Setiap yang hidup pasti akan kembali . Tambahkan ilmu banyakan ibadat .