lalalalala ~

Hai , i'm wanie . engkau ? *pikir sendiri* cerita ini cerita benar bukan kisah dongen zaman P.Ramlee yang aku boleh suka suka jea update .i write what i feel in life . tak suka baca kau boleh angkat kaki pergi dari sini . Haha *ketawa kejam*

Thursday 26 September 2013

E R T I S A H A B A T ?


Erti sebuah persahabatan tak akan pernah lupus dalam diri aku . dalam dunia nie kita tiada siapa siapa kecuali diri sendiri . dalam  bersendirian , kita juga memerlukan seseorang yang penting dalam hidup untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam iaitu sahabat . meskipun , seorang sahabat yang begitu setia susah di cari . tetapi , mengambil masa yang lama untuk memahami seorang sahabat . 

 Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Kadang kala ada sesetengah sahabat yang bersahabat hanya kerana harta , paras rupa , pangkat darjat dan sebagainya . semua benda tu tak membawa ke akhirat . bersahabat mestilah ikhlas kerana Allah . bukan hanya jumpa , bercerita apabila di perlukan and bila taak diperlukan , kau tinggal macam sampah . no no no ! itu bukan sahabat yang sejati , itu sahabat yang membawa mati !

Nasihat dari Luqman Al Hakim kepada anaknya . jika ingin memilih sahabat ? ujilah dengan membuat dia marah . jika dia tidak tahan dengan perangaimu . segeralah langkah pergi meninggalkan dia .


 P/S : Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.





No comments:

Post a Comment