lalalalala ~

Hai , i'm wanie . engkau ? *pikir sendiri* cerita ini cerita benar bukan kisah dongen zaman P.Ramlee yang aku boleh suka suka jea update .i write what i feel in life . tak suka baca kau boleh angkat kaki pergi dari sini . Haha *ketawa kejam*

Friday 2 September 2011

~ aKu eNgIn mEnciNtAiMu kErAnA ALLAH ~


bismillahirahmanirahim ..

aku ingin mencintaimu kerana  sifat yang ceria ,,
menjadikan semangat yang menyala di dalam
hati ini ..

aku ingin mencintaimu kerana ramah hatimu
memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu ..

aku ingin mencintaimu kerana pengertian
yang kau berikan ,,
menambahkan ketenangan
kerana kepercayaan yang kau tanam ..

aku ingin mencintaimu kerana luasnya danau kesabaranmu
menambah dalamnya rasa cinta
semakin ku mengenalimu ..

aku ingin mencintaimu kerana keteguhan
imanmu bagai siradj yang
benderang yang mengantarkan cahaya ..

aku ingin mencintaimu kerana
kau yang telah ku pilih sebagai cinta yang
 ku pegang sepanjang hayat ..
sejuta alasan cukup untuk membuat cinta ini
tetap bersama dirimu ..
 maka ,, biarku pinta satu alasan
untuk menjaga cinta ku ..

aku ingin mencintaimu kerana ALLAH
kerana dia kan selalu ada untuk menjaga
maka cintaku akan tetap utuh
dalam setia untuk-mu ..

AMIN .. YA ROBBAL 'ALAMIN







No comments:

Post a Comment